| MyMode | Login

To continue, please sign in with your mobile number and password.
Member Login
Mobile No:
Password:


Copyright © 2005 -

PROGRAM KHAIRAT KEMATIAN MYMODE  

Posted by Ayiem

MYMODE COMMUNITY CARE PROGRAMME (MCCP)

Dipelopori oleh Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd, MyMode Community Care Programme atau dikenali sebagai MCCP diwujudkan khas buat Agen MyMode untuk menyemai sifat penyayang dan membentuk kesedaran di kalangan peserta. Program yang bercirikan ihsan ini mengajak penyertaan secara sukarela daripada Agen MyMode di mana mereka menyumbang sebanyak 0.50 MyPoints apabila berlakunya kematian di kalangan Agen MyMode. Jumlah yang terkumpul ini akan didermakan kepada ahli keluarga si mati untuk membantu mereka melalui saat-saat getir. Melalui MCCP, Agen MyMode memperolehi faedah berganda kerana mereka bukan sahaja berpeluang untuk melakukan amal jariah malah mereka juga boleh mendapatkan perlindungan yang serupa bagi keluarga mereka sekiranya menerima nasib yang sama.

Sila baca polisi dan tatacara berikut dengan teliti sebelum memberikan persetujuan anda untuk menyertai program ini.

TATACARA

Menjadi Ahli MCCP1. Hantar SMS ke laluan MyMode berdasarkan format di bawah:1234MCCP790605074455Rokiah Hassan

1234 – PIN 4 digit PesertaMCCP – Arahan790605074455: No. Kad Pengenalan PesertaRokiah Hassan: Nama Peserta seperti di dalam Kad Pengenalan

2. MyMode akan menghantar balasan SMS yang mengandungi mesej berikut:Thank you for participating in MCCP. Please complete the MCCP Application Form and send it to MyMode Headquarters within 5 working days.

3. Isi Borang Permohonan dan hantar bersama-sama satu salinan Kad Pengenalan anda ke Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd, C01-1, Dataran Palma Ampang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.

4. Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd akan menghantar makluman kepada anda setelah menerima Borang Permohonan tersebut.

Membuat Tuntutan Pampasan (Untuk Pewaris)1. Laporkan kepada Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kematian peserta dan lampirkan butiran berikut:(a) Salinan laporan polis yang asal(b) Sijil kematian(c) Kad Pengenalan atau sijil kelahiran pewaris (jika berusia di bawah 12 tahun)

2. Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd akan menghantar cek yang mengandungi jumlah pampasan pada 15hb bulan berikutnya.POLISIPenerimaan PolisiPerkhidmatan yang diberikan oleh MCCP tertakluk kepada Polisi berikut di mana ianya bebas diubah dari masa ke masa tanpa pemberitahuan terlebih dahulu. Di samping itu, anda juga tertakluk kepada sebarang panduan atau peraturan yang dipaparkan dari masa ke masa apabila menggunakan sesetengah perkhidmatan MCCP.

Penyertaan Di Dalam MCCP

Semua Agen MyMode yang mempunyai kerakyatan Malaysia, tidak mengira sama ada mereka menetap di Malaysia atau di luar negara, boleh menyertai program ini secara sukarela. Untuk menyertai program ini, anda perlu:

(a) Menghantar SMS ke laluan MyMode untuk mengaktifkan diri anda sebagai peserta MCCP(b) Menghantar Borang Permohonan MCCP

Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd berhak untuk menolak sebarang penyertaan tanpa memberi sebarang pemberitahuan atau penjelasan di atas tindakan tersebut.

Keperluan Untuk Kekal Aktif

Untuk kekal sebagai peserta aktif, anda perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

(a) Mempunyai sekurang-kurangnya 10 MyPoints di dalam Penyata MyPoints setiap bulan
(b) Membuat pembelian kad tambahnilai atau produk MyMode bernilai sekurang-kurangnya RM30.00 setiap bulan

Penyertaan anda akan dianggap tidak lagi aktif dan pewaris anda akan kehilangan hak untuk membuat tuntutan pampasan sekiranya anda gagal memenuhi syarat-syarat tersebut secara berkala setiap bulan. Untuk mengaktifkan semula penyertaan anda, anda perlulah memenuhi syarat-syarat tersebut setiap bulan.

Pembatalan Penyertaan

Anda boleh membatalkan penyertaan anda dengan menghantar notis 30 hari terdahulu kepada Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd.

Notis tersebut perlulah dihantar seperti berikut:

1. Hantar SMS ke laluan MyMode berdasarkan format di bawah:

1234MCCPoff

1234 – PIN 4 digit PesertaMCCP – Arahanoff - Arahan untuk membatalkan penyertaan dalam MCCP

2. MyMode akan menghantar balasan SMS yang mengandungi mesej berikut:You have already cancelled your participation in MCCP. Please contact MyMode Headquarters if you wish to reactivate your participation. Thank you.

Pertukaran Nombor Telefon Bimbit Peserta

Seseorang peserta tidak perlu menghantar semula permohonannya untuk menjadi peserta MCCP sekiranya terpaksa menukar nombor telefon bimbitnya.

PewarisPewaris akan mendapat keseluruhan jumlah yang diperuntukkan sepeninggalan peserta. Pewaris mestilah merupakan ahli keluarga terdekat (sama ada suami, isteri, ayah, ibu, anak lelaki atau anak perempuan). Peserta hendaklah memaklumkan Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd tentang butir-butir peribadi pewaris dengan melengkapkan Borang Permohonan. Sekiranya peserta ingin menamakan orang lain sebagai pewaris, dia boleh mengisi borang ‘Change In Beneficiary Form’. Borang ini boleh didapati melalui laman web MyMode. Sebanyak 2 MyPoints akan ditolak daripada peserta sebagai Yuran Perkhidmatan bagi setiap pertukaran.

Tuntutan Pampasan

MCCP hanya akan mempertimbangkan tuntutan pampasan bagi kematian yang berpunca dari kemalangan atau sebab-sebab semulajadi lain yang membawa kepada kematian peserta, contohnya sakit. MCCP tidak akan memberi pampasan bagi kematian yang berpunca dari cubaan membunuh diri atau kecederaan yang disengajakan sehingga membawa kepada kematian.

Tuntutan pampasan hanya boleh dibuat oleh pewaris sekiranya si mati telah menyertai MCCP selama sekurang-kurangnya 3 bulan. Tuntutan ini perlu dipanjangkan ke Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kematian peserta beserta butiran berikut:(a) Salinan laporan polis yang asal(b) Sijil kematian(c) Kad Pengenalan atau sijil kelahiran pewaris (jika berusia di bawah 12 tahun)Semua tuntutan pampasan akan dilangsaikan pada 15hb bulan berikutnya.

Sumbangan

Peserta MCCP dikehendaki menyumbang pada kadar tetap iaitu sebanyak 0.50 MyPoints pada bulan di mana terdapat tuntutan pampasan MCCP, tidak mengira jumlah tuntutan pampasan yang dibuat pada bulan tersebut. Penolakan 0.50 MyPoints dari Penyata MyPoints peserta-peserta akan dilakukan pada hari terakhir setiap bulan. Penolakan MyPoints tidak akan dilakukan pada mana-mana bulan yang tidak mencatatkan sebarang tuntutan pampasan.

Contoh Pengiraan:

Bulan: Mac 2006Bilangan peserta MCCP: 20,000Bilangan kematian dalam bulan Mac: 5Setiap bahagian peruntukan: (20,000 X 0.50 MyPoints) / 5 = 2,000 MyPoints

BAGAIMANA ANDA JANA KEWANGAN?  

Posted by Ayiem

1.) PALING JIMAT: Beli prepaid Untuk Diri Sendiri. Tidak perlu menguntungkan kedai jika anda dapat menjual dan membelinya sendiri. Bayangkan kos top up anda setiap bulan RM30 seminggu. Anda boleh menjimatkan duit anda RM6 sebulan dengan komisen yang anda terima. Bukan hanya anda, tetapi perbelanjaan prepaid isteri dan anak-anak tanggungan anda juga mampu dikurangkan.

2.) PALING SENANG: Jual prepaid. Tak pernah dengar penjual prepaid, tiada customer. Tak ada modal ada laa, sebab ramai sangat nak beli. Customer pulak yang mencari anda , kalau sekali dia dah tau anda ada jual prepaid. Bukan dia sahaja, habis kengkawan, jiran, bos pejabat semuanya dihebah-hebahkan. Tidak payah menjaja langsung. Lagi satu, tak payah bawa apa-apa stok. Semua produk dalam HP kita. Nak produk, baru order pakai SMS. 10 saat dah sampai.. mudah.

3.) PALING UNTUNG: Kembang Networking atau dapatkan dowline baru. Susah? Tidak lagi sekarang! Dengan bantuan web replika percuma http://www.prepaid4u.net dan konsep online marketing kami yang sangat efektif, kerja anda mempromosi menjadi sangat mudah. Tidak payah jumpa orang, tiada keluar duit minyak, tidak payah berkereta besar, tak payah pakai smart dan tak payah petah bercakap. Sesuai sungguh kepada mereka yang baru nak belajar meniaga dan bagus untuk orang yang pemalu. Satu Tutorial Mengiklan semudah A.B.C disediakan di dalam. Tidak payah mengarang dan tidak payah berfikir. Semua skrip ready to use. Sangat mudah!!

Kesemua urusniaga mymode samada urusan jual-beli atau merecruit agent baru hanya menggunakan SMS sahaja!! Mudah dan efektif!!! Sistem perniagaan berkonsepkan M-Commerce yang diperkenalkan membezakan bagaimana ia akan menjadi 2x, 3x, atau mungkin 100x lebih menguntungkan dari perniagaan secara konvensional. Percayalah!Dengan MyMode, anda mampu mencapai keuntungan sehingga LIMA ANGKA! Tak Percaya?

MyMode amat bagus untuk diceburi sekiranya anda merupakan salah seorang dari golongan dibawah:

1. Pelajar IPTA/IPTS - Yang menggunakan talian prepaid, Member-member ramai pakai prepaid, duduk kolej, susah nak gi kedai untuk top-up handphone, mahukan side income.

2. Graduan University - Baru grad, belum punya kerja, nak releks dulu sebab baru habis belajar, tapi nak duit dengan cara senang, tahu menggunakan komputer dan internet dengan semaksimum yang boleh.

3. Malas kerja - Susah nak kerja bawah orang. Kerja kejap, berenti, tukar kerja lain. Tak boleh dengar cakap boss. Kalau boleh nak jadik boss sendiri. Nak meniaga, modal takde.

4. Pekerja kerajaan - Mahu melakukan sesuatu untuk persediaan sebelum pencen nanti. At least kalau boleh meniaga, nak meniaga. tapi tak tahu nak meniaga apa. Takut risiko pulak nanti.

5. Untuk anak-anak - Gaji besar, duit banyak. Anak-anak asyik mintak duit jer. Dah besar pun taknak lakukan sesuatu. At least kalau boleh ader something yang boleh anak-anak buat untuk side income diorang sendiri. supaya diorang belajar berdikari.


  • YURAN PENDAFTARAN KEAHLIAN HANYA RM65
  • SEMUA URUSAN SECARA SMS
  • KEDAI PREPAID 24 JAM ANYTIME ANYWHERE
  • ELAUN TAJAAN SEHINGGA RM18 SEORANG
  • UNTUNG RUNCIT & SALES POOL BONUS OVERRIDING
  • CABUTAN TIKET BERTUAH
  • BONUS SEMINGGU SEKALI
  • PENDAPATAN YANG BOLEH DIWARISI
  • CAPAI PENDAPATAN PULUHAN RIBU TANPA PENGHUJUNG!!
Hanya dengan bertindak lebih bijak.......

KENAPA ANDA PERLU YAKIN DENGAN  

Posted by Ayiem

MyMode?1.) MyMode Jenama produk kepada Syarikat Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd (618758-H) yang berdaftar secara sah dan halal di Malaysia. MyMode juga telah didaftarkan sebagai Pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi [ASP(C)]. Syarikat yang berdiri teguh ini diterajui oleh Datin Fara H. Dalela, sebagai pengerusinya. (Rujuk: http://www.asiam.com.my/com_mcmc.htm).

2.) MyMode satu-satunya syarikat prepaid yang berjaya menjalinkan kerjasama erat dengan salah sebuah bank yang terbesar di Malaysia, iaitu MAYBANK BERHAD. Sekarang urusan memasukkan modal ke akaun MyMode anda menjadi lebih mudah. Lihatlah MyMode tertera di skrin ATM Maybank anda. (Anda boleh rujuk sendiri di laman web rasmi maybank2u disini: http://www.maybank2u.com.my/maybank_group/products_services/e-channels/mymode.shtml)

3.) SATU-SATUNYA PROGRAM PREPAID MENYEDIAKAN PROGRAM KEBAJIKAN! MyMode sentiasa menitik beratkan kebajikan ahlinya. Bukan itu sahaja, waris ahli juga dijaga. Dengan program MCCP (MyMode Community Care Programme), sekiranya ahli yang menyertai meninggal dunia, waris terdekat akan menerima sumbangan dari dana khas yang dikumpulkan. Semoga dapat meringankan beban tanggungan kita.

4.) MyMode BUKAN skim cepat kaya, piramid, money games, saham internet atau derma. MyMode merupakan program berkonsep MLM yang menjual produk-produk keperluan kepada 18 juta rakyat Malaysia masa kini, iaitu PREPAID HANDPHONE. Agen MyMode menyediakan dan menjual produk-produk hebat CELCOM, MAXIS, serta iTALK, Ring-Ring Card, TM Net dan Jaring 24 jam sehari dimana-mana sahaja mereka berada melalui kecanggihan teknologi SMS.

Temubual aku dan pihak Mymode  

Posted by Abd Rahim


Link untuk membaca ebuletin keluaran ke 5

Penyelia